Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus dengan jumlah anggaran RM486.32 juta kepada 773,859 anggotanya yang layak bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Foto TVS

Bank Rakyat umum dividen 17 peratus bagi 2024

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 16 April: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus dengan jumlah anggaran RM486.32 juta kepada 773,859 anggotanya yang layak bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, bank itu berjaya mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk tempoh melebihi 20 tahun.

“Saya percaya pencapaian ini adalah hasil daripada komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya, sekali gus memberikan kesaksamaan dan kemakmuran kepada semua peringkat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Prestasi Kewangan Kumpulan Bank Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, pembayaran dividen yang akan dilakukan mulai hari ini bukan sahaja mencerminkan prestasi kewangan yang dicapai, tetapi juga merupakan simbol penghargaan Bank Rakyat terhadap kepercayaan dan sokongan padu yang telah diberikan oleh anggota saban tahun.

Tambah beliau, Bank Rakyat turut meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM36.43 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.

Katanya satu peratus iaitu bersamaan RM18.22 juta disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

“Jumlah sumbangan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM54.65 juta berbanding RM53.21 juta pada tahun sebelumnya,” katanya.

Untuk rekod, bagi tahun kewangan 2023, Bank Rakyat memberikan sebanyak 15 peratus dividen dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan