Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bola sepak yang baru meningkat naik di Mukah, Leetonia Jr akan melayan jagoan dari Sibu, PADi FC dalam perlawanan persahabatan di Padang Mesra MDDM Mukah pada 27 April ini.

Aksi Leetonia JR menentang PADi FC meriahkan Kaul Mukah 2025

ByTVS

MUKAH, 16 April: Pasukan bola sepak yang baru meningkat naik di Mukah, Leetonia Jr akan melayan jagoan dari Sibu, PADi FC dalam perlawanan persahabatan di Padang Mesra MDDM Mukah pada 27 April ini.

Menurut Pengurus Pasukan Leetonia Jr, Ebeni Mohamad, selain memeriahkan Kaul Mukah, objektif perlawanan persahabatan ini ialah untuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pasukan melalui aktiviti sihat ini.

“Kami selaku tuan rumah perlawanan persahabatan ini akan sedaya upaya membariskan para pemain muda yang berumur 23 tahun ke bawah bagi menentang pasukan PADi FC,” katanya.

Bagi Pengurus Pasukan PADi FC, Aslan Asmara, ini adalah perlawanan pertama pasukannya bermain di padang keramat iaitu Padang Mesra MDDM yang digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak SUKMA 2024 lalu.

“Rasa bertuah apabila dapat bermain di sini, terutama pada Kaul Mukah. Saya berharap dengan keadaan padang yang cantik ini, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik dan memperagakan aksi hebat, walaupun ia hanya perlawanan persahabatan,” ujarnya.

Leetonia Jr dibarisi oleh pemain-pemain bawah umur 23 tahun sekitar daerah Mukah, yang dibimbing oleh jurulatih muda, Boy JW.

PADi FC akan menurunkan ketua pasukan berpengalaman Sofyan Ismail  untuk mengekang asakan pemain-pemain muda Leetonia Jr.

Dijangka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi dan ADUN Tellian, Royston Valentine akan hadir menyaksikan perlawanan ini kelak.

Para peminat bola sepak Mukah boleh hadir untuk menyaksikan perlawanan persahabatan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan