Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli-ahli MDL ditemui selesai Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Majlis Daerah Lundu pada Rabu. Foto: TVS

Ahli MDL komited ubah landskap Lundu ke arah lebih mampan

LUNDU, 16 April: Pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) diakui suatu tanggungjawab untuk mengubah landskap setempat ke arah lebih mampan.

Menurut Goh Nam Mui, 32, pelantikannya sebagai Ahli MDL ini merupakan satu platform untuk menabur bakti dalam memperkasakan kehidupan warga Lundu.

“Saya berharap dengan adanya peluang ini, saya boleh menyumbang secara langsung kepada pembangunan daerah Lundu ini. Saya berharap dalam masa akan datang ini, saya boleh bekerjasama dengan semua ahli majlis, semua agensi kerajaan ataupun swasta untuk sama-sama kita menelitikan isu-isu setempat yang boleh membangunkan Lundu secara keseluruhan,” katanya ketika ditemui selesai Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Majlis Daerah Lundu pada Rabu.

Sementara bagi Nurhazwani Has, 31, pelantikan itu merupakan peluang kepadanya untuk meraih pengalaman dalam mendekati sekali gus mendengar keluh kesah masyarakat untuk kebaikan bersama.

“Saya rasa dengan pelantikan saya sebagai Ahli Majlis di daerah Lundu ini, saya ingin berbakti kepada komuniti, membantu orang susah, dalam erti kata lain, mendekatkan diri dengan masyarakat,” ujarnya.

Timbalan MDL Bujang Budin, 64, pula menyeru agar generasi muda untuk mebabitkan diri dalam apa jua inisiatif yang dapat memajukan warga.

“Saya menasihatkan golongan muda, terutama lepasan sekolah yang mempunyai kelulusan agar berkhidmat dengan masyarakat sama ada menjadi Ahli Majlis ataupun apa-apa bidang yang boleh membantu mereka mendekatkan diri dengan masyarakat, kerana yang penting bagi kita adalah kalau kita dapat melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat, maka banyak perkara yang kita boleh sampaikan kepada masyarakat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan