Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tembiluk, Mengkabong awal pagi tadi, menyebabkan seorang lelaki melecur ketika cuba menyelamatkan diri. Foto JBPM

9 rumah terbakar awal pagi di Tuaran, lelaki cedera cuba selamatkan diri

TUARAN, 16 April: Sembilan buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tembiluk, Mengkabong awal pagi tadi, menyebabkan seorang lelaki melecur ketika cuba menyelamatkan diri.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan pada tangan dan diberi rawatan segera oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran, kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 2.41 pagi dan memusnahkan sepenuhnya lapan buah rumah manakala sebuah lagi mengalami kerosakan sebahagian, kesemua rumah yang terlibat merupakan struktur tidak kekal.

Lima buah kenderaan turut terjejas, termasuk dua motosikal yang hangus terbakar, sebuah Proton Wira yang terbakar 70 peratus, Proton Iswara (10 peratus) dan sebuah lori 10 tan yang terbakar 5 peratus.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 2.50 pagi, berjaya mengawal api pada jam 3.30 pagi, dan memadam sepenuhnya kebakaran pada 6.59 pagi.

Operasi diketuai Komander PBK I Azran Jull, melibatkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, dengan bantuan anggota polis, Kementerian Kesihatan, dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan