Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadam kebakaran yang sedang marak melibatkan rumah kayu di Kampung Balimbang Berjasa, Pulau Bum-Bum, Semporna. Enam rumah musnah dan beberapa bot turut terjejas. Foto JBPM

79 hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Pulau Bum-Bum

SEMPORNA, 16 April: Seramai 79 penduduk kehilangan tempat tinggal apabila enam rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Balimbang Berjasa, Pulau Bum-Bum di sini, hari ini.

Lima daripada rumah tersebut musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi terbakar sebahagian. Kebakaran turut melibatkan tiga buah bot milik penduduk, dengan dua bot fiber musnah sepenuhnya dan sebuah bot kayu mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada jam 11.37 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Operasi membabitkan 10 anggota termasuk bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender, sebuah unit Emergency Medical Rescue Services dan sebuah bot aluminium.

Api berjaya dikawal pada jam 12.20 tengah hari dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.16 petang. Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dan dua pancutan dengan sumber air terbuka dari laut.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Semporna, setakat ini pusat pemindahan sementara belum dibuka, dan semua mangsa dilaporkan berkumpul di Dewan Balimbang untuk penempatan sementara.

Turut membantu di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang menyelaras aspek keselamatan serta pemantauan susulan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan