Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara yang kelihatan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiba pada jam 10.57 pagi bersama anaknya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Foto TVS

Tun Mahathir, Najib, Hsien Loong hadir beri penghormatan terakhir

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 15 April: Beberapa tokoh politik dan pemimpin kerajaan hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, pagi ini.

Antara yang kelihatan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiba pada jam 10.57 pagi bersama anaknya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dibenarkan yang tiba lebih awal iaitu pada jam 10.35 pagi dengan dikawal ketat oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor juga tiba secara berasingan untuk memberi penghormatan terakhir.

Sementara itu bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut hadir serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Turut kelihatan masuk ke kawasan pekarangan Masjid Negara ialah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Su Koon.

Aktres terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh turut meluangkan masa menziarahi jenayah Tun Abdullah di Masjid Negara kira kira pukul 11 pagi tadi.

Tun Abdullah yang sinonim dengan panggilan ‘Pak Lah’ meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 7.10 malam semalam.

Jenazah akan dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini selepas solat Zohor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan