Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah negarawan sejati yang mendedikasikan seluruh hidupnya berbakti kepada masyarakat dan usaha membina negara ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima. Foto fail AFP

Tun Abdullah negarawan sejati – Tun Musa Aman

ByBernama

KOTA KINABALU, 15 April: Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah negarawan sejati yang mendedikasikan seluruh hidupnya berbakti kepada masyarakat dan usaha membina negara ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata Tun Abdullah merupakan pemimpin yang mudah didekati serta berwibawa dalam kepimpinannya dan lebih gemar menggunakan pendekatan ‘diplomasi senyap’ berbanding perdebatan politik secara terbuka.

“Saya masih ingat ketika saya menjadi Ketua Menteri Sabah, Allahyarham mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan berjaya mencatat kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum ke-11.

“Walaupun pentadbiran Allahyarham berdepan beberapa isu dan cabaran, beliau sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Tun Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam, semalam.

Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang ini.

Tun Musa dan isterinya Toh Puan Faridah Tussin dalam kenyataan itu turut merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga Tun Abdullah atas pemergian Allahyarham.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Semoga Allah SWT mengurniakan roh Allahyarham Tun tempat tertinggi di Jannat-ul-Firdaus,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan