Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Abdulllah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun semasa dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam Isnin.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, pimpin BN ke tahap tertinggi

KUCHING, 15 April: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin politik yang berjaya memimpin parti Barisan Nasional (BN) ke tahap tertinggi.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima itu satu-satunya pemimpin yang berjaya membawa kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) apabila berjaya memenangi 198 daripada 220 kerusi parlimen ketika PRU tahun 2004.

Abdul karim memberitahu, seluruh warga kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut berduka di atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Sidang Media Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 di Kuching pada Selasa.

“Dari saya sendiri dan juga seluruh warga kementerian saya kita merasa amat sedih sekali mendengar, mendapat berita pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri kita.

“Kita tahu bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang sangat baik semasa memimpin Barisan Nasional ketika itu ke dalam pilihan raya dahulu di mana Barisan Nasional berjaya mendapat lebih daripada dua per tiga majoriti kerusi di Parlimen jadi anda boleh lihat siapa dia, iaitu seorang yang diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 di Kuching pada Selasa.

Abdul Karim juga menyatakan, jasa baik dan perjuangan Allahyarham semasa memimpin negara akan sentiasa dikenang dan beliau percaya bekas Perdana Menteri Malaysia kelima utu merupakan seorang ketua yang paling bersih dan tidak dipenuhi sebarang kontroversi sepanjang memimpin negara.

Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Bapa Pembangunan Modal Insan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 5 tahun bermula 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan