Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga anggota Jabatan Imigresen ditahan pada semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.  Foto fail Bernama

Tiga anggota imigresen disiasat kes rasuah lebih RM10 juta

ByBernama

KUANTAN, 15 April:  Tiga anggota Jabatan Imigresen ditahan pada semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Nilai, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.

Tiga anggota berkenaan, termasuk seorang wanita yang berusia lingkungan 40-an, dipercayai terlibat membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara bermula tahun 2021 hingga 2024.

Sindiket itu, dipercayai meraih wang rasuah jutaan ringgit yang turut diagihkan kepada anggota imigresen yang lain malah mereka didakwa menjadi ‘tali barut’  bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi ‘counter setting’ di KLIA 1 dan 2.

Susulan tangkapan anggota imigresen terbabit, SPRM turut merampas sejumlah barang kemas, wang tunai dan sedang memeriksa beberapa akaun bank dipercayai ada kaitan dengan mereka.

Ketiga-tiga direman bermula hari ini hingga 21 April bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan