Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Sidang Media Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 di Kuching pada Selasa.

Sukan Borneo: Cadang tambah bilangan acara, tingkat kredibiliti temasya

ByTVS

KUCHING, 15 April: Bilangan acara yang dipertandingkan dalam penganjuran sukan Borneo perlu ditambah pada edisi yang seterusnya bagi mengangkat kredibiliti temasya tersebut.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mahu melihat lebih banyak sukan dipertandingkan namun percaya Sukan Borneo selepas ini akan berkembang seperti sebelumnya.

Katanya lagi, diperingkat awal ini lima acara yang bakal dipertandingkan sudah cukup bagi melancarkan hal-hal pengurusan namun tidak menolak kemungkinan sekiranya semua pihak bersetuju untuk menambah bilangan sukan yang pada acara yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 September 2025.

“Saya ingin melihat sebanyak mana sukan yang mungkin jika boleh saya ingin menambah sehingga 20 sukan, saya akan menyukainya tetapi ianya pasti akan berkembang namun adalah baik untuk melihatnya pada edisi yang pertama ini melihat seolah-olah ia adalah pembukaan Sukan Borneo yang unggul sekali lagi.

“Untuk lebih teratur, cukuplah dengan hanya lima tetapi kami terbuka kepada yang lain, kepada wilayah dan negeri lain yang mengambil bahagian kerana ada permintaan untuk itu, untuk beberapa sukan lain dimasukkan, kami agak terbuka asalkan semua pihak bersetuju untuk sukan lain, maka kami akan menambahnya lebih daripada lima,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 di Kuching pada Selasa.

Tambahnya dalam mesyuarat yang baru dilakukan semua pihak cukup berpuas hati dengan kelima-lima acara yang bakal dipertandingkan ditambah dengan sukan tradisional, iaitu tarik tali dan menyumpit termasuk acara golf jemputan namun menegaskan bahawa bilangan acara Sukan Borneo selepas ini perlu ditingkatkan.

Sukan Borneo bakal kembali mewarnai arena sukan serantau apabila ia dijadual berlangsung pada 24 hingga 28 September 2025 dengan Sarawak menjadi tuan rumah untuk edisi pemula kebangkitan semula temasya ini.

Sebagai permulaan, lima acara sukan akan dipertandingkan iaitu olahraga, akuatik, boling padang, memanah, serta satu lagi sukan yang akan dimuktamadkan kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan