Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Amran Mohamed Zin pada kunjungan hormat di Wisma Sumber Alam, Kuching pada Isnin. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Sarawak dan Kerajaan Persekutuan perkukuh kerjasama strategik dalam isu antarabangsa

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 April: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Amran Mohamed Zin di Wisma Sumber Alam, di sini pada Isnin.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Timbalan Premier, kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak berkaitan isu-isu antarabangsa yang melibatkan negeri ini.

“Pertemuan itu turut membincangkan pendekatan bersama dalam menangani kepentingan Sarawak dalam hal ehwal luar negara serta mempertingkatkan peranan negeri dalam rangka hubungan antarabangsa Malaysia,” kata kenyataan itu, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Awang Zamhari Awang Mahmod dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan