Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa. Foto fail Bernama

Polis nafi ancaman letupan di stesen minyak berdekatan KLIA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Polis menafikan dakwaan yang kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima makluman berhubung satu kejadian letupan membabitkan kereta jenis Proton Saga di lokasi berkenaan.

“Untuk makluman hasil pemeriksaan kejadian letupan berlaku disebabkan bateri kereta meletup. Laporan pemeriksaan polis telah dibuat bersabit  Aeropolis/1107/25,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial, mendakwa berlaku letupan dan tangkapan dibuat oleh sekumpulan pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan