Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbicaraan terhadap syarikat Amerika Syarikat (AS) Meta dijadualkan bermula di Washington pada Isnin berhubung dakwaan monopoli haram gergasi teknologi itu terhadap platform media sosial, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto hiasan AFP

Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap meta bermula di Washington

ByBernama

WASHINGTON, 15 April: Perbicaraan terhadap syarikat Amerika Syarikat (AS) Meta dijadualkan bermula di Washington pada Isnin berhubung dakwaan monopoli haram gergasi teknologi itu terhadap platform media sosial, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC), bagi pihak kerajaan AS, menuduh Meta membeli platform Instagram dan WhatsApp untuk menghapuskan persaingan.

Badan pemantau antimonopoli atau antitrust menuntut akibat bagi syarikat media sosial itu, termasuk pembatalan pengambilalihan itu.

Meta, yang juga memiliki Facebook, menolak tuduhan itu dengan alasan persaingan sengit dengan platform lain seperti TikTok.

Tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2020 itu boleh berlanjutan selama bertahun-tahun, terutamanya memandangkan kemungkinan rayuan daripada mana-mana pihak.

Meta membeli Instagram pada 2012 dengan harga sekitar US$1 bilion dan WhatsApp pada 2014 dengan harga sekitar US$22 bilion, dengan FTC meluluskan pengambilalihan berkenaan. Sejak itu, Instagram menjadi antara penyumbang utama pendatapan Meta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan