Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah bersama delegasi kementeriannya melawat Yayasan Chow Kit di sini ibu negara hari ini. Foto TVS.

Model kebajikan sosial NGO jadi inspirasi Kerajaan Sarawak

KUALA LUMPUR, 15 April: Kecekapan dan pendekatan inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengurus kebajikan sosial khususnya melibatkan kanak-kanak menjadi inspirasi kepada dasar pembangunan sosial di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama erat antara kerajaan dan NGO juga mampu menghasilkan sistem sokongan sosial yang lebih berkesan dan menyeluruh.

“Kami di kementerian sangat menghargai apa yang dilakukan oleh NGO. Jadi, kerajaan dan NGO kita bekerjasama untuk satu tujuan.

“Kita saling melengkapi di mana kekuatan NGO dan kerajaan digemblengkan supaya hasilnya lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas mengadakan lawatan ke Yayasan Chow Kit (YCK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh sistem kebajikan sosial di Sarawak dengan mencontohi pendekatan YCK yang memberi tumpuan terhadap kebajikan kanak-kanak tanpa mengira latar belakang.

Pada masa sama, beliau memuji usaha YCK yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak termasuk aspek keselamatan, perlindungan, pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk menjamin masa depan mereka.

“YCK menjalankan kerja yang sangat mulia tanpa memandang siapa kanak-kanak itu sama ada warganegara atau sebaliknya. Ini adalah semangat yang kita mahu bawa balik ke Sarawak,” tambahnya.

Sementara itu, Fatimah memberitahu isu gelandangan turut diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.

“Di Sarawak, kita telah wujudkan tempat transit gelandangan iaitu satu di Sibu dan akan diteruskan di Kuching, Miri dan Bintulu.

“Kita mahu pembangunan sosial seiring dengan kemajuan ekonomi supaya negeri kita benar-benar mencapai kemajuan menyeluruh,” jelas beliau.

Jelasnya, inisiatif tersebut selari dengan prinsip keterangkuman sosial dan kemakmuran ekonomi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS 2030). – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan