Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama di Masjid Negara hari ini. Foto Bernama

Keluarga, ahli politik, rakyat beri penghormatan akhir kepada Pak Lah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Suasana suram menyelubungi Masjid Negara di sini hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang semalam.

Ahli keluarga, ahli politik dan kenalan rapat yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi pegawai penjara turut hadir memberikan penghormatan terakhir kira-kira 10.40 pagi.

Selain itu, turut kelihatan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan legenda rock Datuk Ramli Sarip.

Jenazah bekas perdana menteri yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah akan dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat zuhur.

Terdahulu, jenazah dibawa keluar dari kediamannya di Bait Badawi, persiaran Tuanku Jaafar sekitar 8.10 pagi untuk dikafankan dan disolatkan di Masjid Negara.

Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Abdullah dimasukkan ke hospital pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan