Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus. Foto TVS

J-QAF, inisiatif Tun Abdullah buka jalan graduan pendidikan Islam

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 15 Apr: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Menurutnya, Allahyarham Tun Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan seorang pemimpin berjiwa tenang dan memiliki figura seorang bapa dalam gaya kepimpinannya.

“Beliau membawa pendekatan kepimpinan yang menekankan integriti, pembangunan modal insan serta nilai-nilai Islam menerusi gagasan Islam Hadhari. Pendekatan beliau amat memberi kesan kepada pembangunan negara,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Tambahnya, antara inisiatif besar yang pernah diperkenalkan oleh Allahyarham ialah Program Celik Al-Quran (J-QAF) yang membuka peluang pekerjaan kepada graduan pendidikan Islam di seluruh negara.

“Walaupun telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri, Allahyarham tetap aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memperjuangkan pelbagai isu kemasyarakatan,” katanya lagi.

Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009, dan dikenang sebagai seorang pemimpin yang membawa pendekatan sederhana, inklusif serta menekankan prinsip kesederhanaan dalam pentadbiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan