Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat CIDB, Noryani Ismail ditemui pada sidang media persidangan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo di Pusat Konvensyen CIDB, hari ini.

ICW Borneo 2025: Himpunkan pemain industri pembinaan Sarawak, antarabangsa 13 Mei depan

ByAsmah Adenan

KUCHING, 15 Apr: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan persidangan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) yang diadakan pada 13 Mei depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pengurus Besar Komunikasi Korporat CIDB, Noryani Ismail berkata, program yang julung kali diadakan di Sarawak itu diharapkan dapat menarik ramai pengunjung dan juga pemain industri untuk menyertai sekali gus menimba pengalaman baharu dalam bidang pembinaan.

Penyertaan kata Noryani, dibuka kepada seluruh Malaysia termasuk pemain industri di peringkat antarabangsa dengan bertemakan ‘Pembinaan Inovatif untuk Masa Depan Mampan’ dengan mengutamakan pembangunan pesat di seluruh Borneo.

“Kita telah berjumpa dengan pemain industri pembinaan di Sarawak untuk mendapat maklumat daripada mereka apa yang mereka nak di dalam program ICW ini dan daripada maklumbalas yang kami terima mereka mengutamakan pengalaman pembelajaran (learning experience) daripada projek-projek Sarawak sendiri.

“Rangkaian kerjasama di kalangan industri pembinaan Sarawak juga penting termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan sekitar rantau bagi memperkembangkan lagi rangkaian sedia ada dan mencari peluang-peluang untuk memasarkan kita punya kepakaran dalam pembinaan ini jadi dia tidak terhad kepada Sabah atau Sarawak. Selain itu, ICW ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk mereka berinteraksi dengan semua pemain industri dari luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, hari ini.

Menurut Noryani, tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada pengunjung tetapi bagi mereka yang ingin menyertai pameran dan persidangan ICW akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 seorang.

Manakala, bagi pelajar yang ingin menyertai dan berdaftar secara individu akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

“Kami juga amat berbesar hati menjemput organisasi atau syarikat korporat untuk menaja pelajar-pelajar universiti untuk menyertai persidangan kami kerana kami merasakan ianya sangat bermanfaat untuk generasi muda belajar daripada pengalaman penceramah kami,” katanya.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat CIDB, Noryani Ismail merakam kenangan bersama yang lain selepas sidang media persidangan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo di Pusat Konvensyen CIDB, hari ini.

Antara penceramah jemputan yang akan hadir bagi berkongsi pengalaman mereka kata Noryani, Penasihat Kanan Jabatan Infrastruktur dan Wilayah Pejabat Eksekutif Presiden, Republik Indonesia, Profesor Ir Resdiansyah, Pengasas Sekolah Hijau Bali, John Hardy, Pengasas Atelier One, Profesor Neil Thomas, Pengarah Pembangunan Perniagaan Rubner Timber Engineering, Phyllis Chong dan Pengarah Executive Gamuda Engineering, Si Kok Siong.

Pendaftaran katanya, adalah menerusi atas talian di laman web CIDB iaitu icwconference.registration@cidb.gov.my.

Sementara itu, katanya lagi, persidangan ICW Kuala Lumpur akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2025 di Pusat Dagangan dan Pameran Malaysia (MITEC) dengan bertemakan ‘Membina Masa Depan ASEAN’ memandangkan Malaysia tahun ini menjadi Pengerusi ASEAN 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan