Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyempurnakan acara simbolik penyerahan lima unit alat pemadam api kepada wakil daripada Rumah Panjang Lanyau Jembu, Nanga Linsom, Kubal Baru.Foto TVS

Cadang tubuh PBS di pedalaman Sarawak

SPAOH, 15 April: Penduduk di pendalaman disarankan agar mempertimbangkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di kawasan mereka selepas ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia amat penting juga merupakan satu keperluan ketika berhadapan dengan musibah kebakaran.

“Bagi penduduk di kawasan pendalaman terpencil di luar bandar penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) adalah amat diperlukan.

“Kerana, apabila kedudukan anda jauh dari Balai Bomba disinilah khidmat Pasukan Bomba Sukarela amat diperlukan sepertimana yang berlaku di Betong baru-baru ini apabila Sekolah Vokasional Betong mengalami kebakaran,” katanya.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menyatakan sedemikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Program Keselamatan dan Demonstrasi Pengurusan Bahaya Wanita Di Dapur anjuran Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong di Rumah Panjang Lanyau, Nanga Linsom, Kubal Layar pada Selasa.

Tambahnya, beliau akan berbincang dengan Ahli Parlimen Betong, Dati Dr Richard Rapu Begri tentang bagaimana untuk menubuhkan lebih banyak Pasukan Bomba Sukarela di Bukit Saban yang mempunyai 94 rumah panjang.

“Sebagai contoh, semua aset yang digunakan oleh pasukan ini harus sentiasa diselenggara dan dijaga denga baik agar sentiasa berfungsi.

“Oleh itu, kita akan mengembleng segala tenaga masyarakat disini untuk tujuan itu kelak, yang pasti sememangnya harus ada penambahan dan mungkin kita boleh cadangkan Pusat Nadi di Penom sebagai pusatnya nanti,”ujarnya.

Program selama sehari itu telah dihadiri seramai 250 peserta daripada 22 rumah panjang daripada kawasan Kubal Layar.

Sesi ceramah berkaitan peranan Bomba Sukarela, demontrasi tatacara penggunaan alat pemadam api dan demonstrasi kebakaran dapur oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong turut diadakan sebagai pengisian utama program yang berlangsung pada seawal jam 8.00 pagi itu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Saban merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Natasha Nasa Uggah.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan