Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini mengumumkan pelantikan Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat yang baharu, berkuat kuasa 9 April 2025.

Ahmad Shahril Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat baharu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 15 April: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini mengumumkan pelantikan Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat yang baharu, berkuat kuasa 9 April 2025.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan melantik Ahmad Shahril dibuat berikutan prestasi cemerlang beliau ketika memangku jawatan CEO sejak 9 November 2024.

“Ahmad Shahril telah menunjukkan tahap komitmen dan dedikasi yang tinggi sepanjang tempoh beliau menjalankan tanggungjawab sebagai Pemangku CEO.

“Ini khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan anggota dan pihak berkepentingan, memperkukuh ekosistem keusahawanan dan koperasi di samping menyokong inisiatif inklusiviti kewangan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, KUSKOP yakin pengalaman luas Ahmad Shahril dalam sektor perbankan dan kewangan membolehkan beliau memimpin institusi tersebut ke arah yang lebih mampan.

“Keyakinan ini adalah berasaskan kepada peranan beliau dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan dan koperasi, selain menyokong agenda inklusiviti kewangan yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” jelasnya lagi menerusi kenyataan itu.

Untuk rekod, Ahmad Shahril mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam sektor perbankan dan kewangan, termasuk pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM) serta beberapa institusi kewangan utama negara.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kewangan dan Perakaunan dari University of Salford, United Kingdom dan juga ahli bertauliah di Chartered Institute of Islamic Finance. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan