Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri kelima atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi malam tadi. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri kelima atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi malam tadi.

“Saya dan isteri merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah dan seluruh keluarga besar Allahyarham.

“Kita berterima kasih atas semua jasa Allahyarham kepada negara. Semoga roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah Seri Paduka Baginda yang dikongsikan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam.

Jenazah bekas Perdana Menteri itu akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara dan akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, di sini hari ini.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara hingga 1 tengah hari ini.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan