Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli MDS mengabdikan kenangan bersama Datuk Amar Dr. Sim Hui Kian dan tetamu jemputan lain di Dewan Sentral Sarikei, pada Selasa. Foto TVS

32 ahli MDS angkat sumpah pelantikan semula

SARIKEI, 15 April : Seramai 32 ahli Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengangkat sumpah pelantikan semula bagi tempoh April 2025 hingga 31 Mac 2028, pada Selasa.

Majlis yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Hui Kian di Dewan Sentral Sarikei itu menyaksikan pelantikan Wong Kie Yong sebagai pengerusi ang baharu manakala, Missiah Abu Seman kekal timbalan pengerusi.

Kesemua ahli majlis masing –masing mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Dr Sim dalam pada itu berkata pelantikan tersebut membantu pihak berkuasa tempatan melaksanakan amanah dengan lebih dengan sempurna selain memastikan rakyat menerima manfaat, kesan daripada pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.

Katanya, kaunselor tidak hanya mewakili suara dan kepentingan penduduk sebaliknya bertindak sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan.

“Ahli-ahli majlis daerah di seluruh Sarawak memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan agenda pembangunan kerajaan, khususnya dalam memastikan dasar-dasar kerajaan sampai ke peringkat akar umbi dan memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Sri Huang Tiong Sii, Residen Sarikei, Datu Micheal Ronnie Langgong dan Ahmat Adai yang mewakili Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan