Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika merakam gambar kenangan bersama piala kejohanan semasa Sidang Media Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 di Kuching pada Selasa.

138 pemain tenis antarabangsa beraksi di Kuching pada 20 – 27 April

ByTVS

KUCHING, 15 April: Seramai 138 pemain tenis dari 20 negara bakal berentap dalam kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 pada 20 hingga 27 April 2025 di Bandaraya ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara sukan bertaraf dunia itu menyaksikan keupayaan Sarawak menepati piawaian antarabangsa dari segi infrastruktur, organisasi dan hospitaliti.

“Sebelum ini, kita sudah menganjurkan siri J300, iaitu bawah-18, yang juga kami namakan sebagai Piala Premier Sarawak dan kali Ini adalah edisi ke-42 yang kami anjurkan di mana ini juga mencerminkan keupayaan Sarawak menepati piawaian antarabangsa dari segi infrastruktur, organisasi dan hospitaliti.

“Tahun ini, untuk J300 ini, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan atlet muda dari 20 negara di seluruh dunia itu yang akan datang dan acara ini akan berlangsung dari 20 hingga 27 April 2025 satu minggu lagi dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42 di Kuching pada Selasa.

Untuk rekod kejohanan itu akan turut diserikan dengan penyertaan pemain tenis ranking ke-35 dunia dari Jepun Ryo Tabata serta turut menampilkan anak pemain legenda tenis asal Australia Lleyton Hewitt iaitu Cruz Hewitt.

Difahamkan daripada 138 pemain tenis yang bakal bertanding di Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Junior J300 (J1) Piala Premier Sarawak edisi ke-42, seramai 73 daripadanya merupakan peserta lelaki dan 65 lainnya adalah peserta perempuan.

Antara negara yang menghantar peserta ke kejohanan ini adalah seperti Australia, Korea Selatan, Singapura, Turki, Amerika Syarikat dan banyak lagi termasuk pasukan Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan