Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyifatkan pemergian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu kehilangan yang besar buat negara. Foto Hajah Nancy Haji Shukri (FB)

Tun Abdullah mudah didekati, beri ruang pemimpin muda belajar – Nancy

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 14 April: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyifatkan pemergian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu kehilangan yang besar buat negara.

Beliau berkata Tun Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Lah seorang pemimpin yang penuh ketulusan, kesederhanaan, dan kasih terhadap rakyat.

Belasungkawa: Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun

“Sungguh besar jasa dan pengorbanan beliau. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa beliau, dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nancy berkata Allahyarham adalah tokoh yang mudah didekati dan sentiasa memberi ruang kepada pemimpin baharu dan muda untuk belajar dan menyumbang kepada arena politik negara.

Belasungkawa: Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun

Menurutnya, pendekatan Islam Hadhari yang dibawa beliau menjadi asas penting dalam pembinaan negara bangsa yang progresif tetapi masih berpaksikan nilai.

Katanya, Allahyarham juga individu yang menekankan integriti, pendidikan, dan keadilan sosial dalam pentadbirannya.

“Tun Abdullah bukan sahaja seorang pemimpin negara, tetapi juga seorang ayah kepada seluruh rakyat Malaysia, mendidik dengan sabar, memimpin dengan hikmah, dan menyentuh hati rakyat dengan kelembutan,” katanya.

Tun Abdullah meninggal dunia 7.10 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin menerusi Instagram. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan