Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seminar 'Menerima Kesejahteraan, Menjadi Tua dengan Maruah di Sarawak 2025'

RCBC anjur seminar Menerima Kesejahteraan, Menjadi Tua dengan Maruah di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 April: Rotary Club Bintulu Central (RCBC) akan menganjurkan seminar dalam talian secara percuma bertajuk “Menerima Kesejahteraan, Menjadi Tua dengan Maruah di Sarawak” pada 26 April ini.

Dalam satu kenyataan RCBC memaklumkan seminar tersebut akan berlangsung pada Sabtu dari jam 8.00 malam hingga 9.15 malam menerusi platform Zoom.

“Seminar ini menampilkan Dr. Sally Suriani Ahip, seorang pakar perubatan keluarga dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang akan berkongsi pandangan dan strategi mengenai penuaan sihat, peranan komuniti dalam menyokong warga emas, serta inisiatif kerajaan Sarawak dalam menghadapi cabaran populasi yang semakin menua,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Sarawak kini sedang bergerak pantas menuju ke arah masyarakat yang semakin menua.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2023, peratusan penduduk Sarawak yang berumur 60 tahun ke atas telah mencapai 12.7 peratus, kedua tertinggi selepas Perak dan Kedah.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, memaklumkan bahawa Sarawak mungkin akan menjadi negeri tua lebih awal, iaitu pada tahun 2028, dua tahun lebih awal daripada sasaran negara iaitu 15 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas.

Kerajaan Sarawak telah merancang dan melaksanakan pelbagai strategi demi memastikan kesejahteraan warga emas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan