Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Abdullah Badawi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam, Isnin, di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pemergian Tun Abdullah Badawi satu kehilangan besar buat negara – TYT Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 14 April: Pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu hantaran di Facebook berkata, Allahyarham dikenang sebagai seorang negarawan ulung yang mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, kesantunan, serta kepimpinan berteraskan nilai murni.

Menurut beliau, Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan negara, terutamanya menerusi dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan sewaktu pentadbirannya.

“Antara sumbangan terpenting beliau ialah pengenalan gagasan Islam Hadhari yang menekankan pembangunan menyeluruh masyarakat Islam dengan menyeimbangkan kemajuan rohani dan jasmani.

“Pendekatan ini telah memperkukuh imej Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan sederhana di mata dunia,” katanya.

Tambahnya, kepimpinan Allahyarham turut memperkasakan tadbir urus baik, pembangunan insan, serta toleransi antara kaum dan agama.

“Sikap beliau yang sederhana, berjiwa rakyat dan berhemah tinggi sentiasa menjadi teladan kepada pemimpin generasi kini dan akan datang,” ujar beliau.

Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Tun Abdullah Badawi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam, Isnin, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berita pemergian beliau disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi Instagram. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan