Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merasmikan pejabat dan pelancaran logo baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak di Kuching, hari ini. Foto TVS

Pejabat baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak tingkat kecekapan operasi dan perkhidmatan

ByWilly Jali

KUCHING, 14 April: Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) hari ini mencatat pencapaian penting dalam sejarah penubuhannya menerusi pelancaran logo dan pejabat baharu, yang sekali gus menandakan lembaran baharu dalam usaha memperkasa pembangunan luar bandar serta sektor pertanian.

Pengurus Besar LKTS, Dr Harry Entebang berkata, transformasi tersebut bukan sekadar perubahan besar, malah merupakan simbol komitmen jangka panjang LKTS dalam meningkatkan kecekapan operasi dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.

“Kita akan menandakan permulaan bab baharu dalam perjalanan kita dan mengukuhkan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak, serta menjalankan peranan aktif dalam merangsang kemajuan sosioekonomi dan budaya, khususnya bagi komuniti luar bandar dan berasaskan tanah.

“Logo baharu ini adalah mencerminkan tumpuan kita terhadap daya tahan, kemampanan dan inovasi yang praktikal. Sementara itu, pejabat baharu kita pula adalah ruang di mana kerjasama, perancangan dan pelaksanaan disatukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Logo Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LTKS) di bangunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di sini, hari ini.

Menurut Harry, pejabat baharu LKTS bukan hanya sebuah bangunan, tetapi satu ruang dinamik yang memperkasa kerjasama, perancangan strategik dan pelaksanaan projek dengan lebih tersusun serta berimpak tinggi.

“Kami kekal komited terhadap misi kami untuk membangunkan sumber yang produktif dan mampan melalui penglibatan yang tersusun serta inovasi dalam bidang pertanian dari semasa ke semasa. Kita akan melaksanakan pertanian moden yang cekap dan berdaya saing, dan terus mempelbagaikan sektor.

“Kami sedar sepenuhnya akan cabaran yang mendatang. Tetapi dalam dunia hari ini yang penuh ketidaktentuan, tanggungjawab kita adalah untuk kekal bermaklumat dan berlandaskan keperluan sebenar komuniti luar bandar,” tambahnya.

Transformasi ini, katanya, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak yang berteraskan prinsip keterangkuman, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan