Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk melancarkan operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Ulu Baram, Miri, hari ini. Mayat kanak- kanak perempuan dijumpai petang ini manakala bapanya masih hilang. Foto JBPM

Insiden 4WD hanyut: Mayat anak ditemui, bapa masih hilang

MIRI, 14 April: Mayat kanak-kanak perempuan yang lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Ulu Baram, malam tadi, ditemui petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat Vallerie Mentie Dawellies, 9, dijumpai penduduk kampung dua kilometer dari lokasi kejadian dan dibawa ke rumah keluarganya di Long Tikan.

“Dengan penemuan mayat itu, seorang lagi mangsa yang juga bapanya masih hilang dan belum ditemui iaitu Dawellies Luing, 46, yang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bapa dan anak hilang, pikap hanyut dibawa arus sungai

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12 tengah hari tadi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi.

Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Dawellies bersama isteri dan anak perempuan mereka telah menaiki kenderaan tersebut yang dipandu seorang penduduk tempatan.

Ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, kenderaan mereka telah terkandas menyebabkan enjin mati dan kemudian dihanyutkan arus deras.

Pemandu dan isteri Dawellies berjaya menyelamatkan diri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan