Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Pusat Perkhidmatan Warga Emas, Miri, hari ini. Foto TVS

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Perkhidmatan Warga Emas di Miri meriah

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 14 April: Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut meriah oleh warga emas sekitar Miri pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE).

Majlis itu menjadi medan pertemuan dan keriangan bagi para pesara serta warga emas yang hadir dari pelbagai pelusuk termasuk Brunei Darussalam.

Pesara, Kassah Bolhari, meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk menyambut lebaran bersama keluarga dan sahabat handai.

“Alhamdulillah, setiap tahun kami sekeluarga adakan rumah terbuka di Piasa Utara. Ramai kaum kerabat dari Mukah dan Brunei datang beraya bersama. Tahun ini lebih istimewa kerana dijemput PAWE Miri untuk bersama-sama meriahkan majlis Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui TVS di Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE), di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Kassah Bolhari ketika ditemui TVS di Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE), Miri, hari ini. Foto TVS

Kassah turut menitipkan nasihat kepada warga emas agar terus aktif dan tidak membiarkan diri terperangkap dalam kemurungan.

“Kita orang tua jangan duduk murung saja. Sentiasa bersenam dan aktifkan diri. Datang ke pusat warga emas, buat aktiviti seperti poco-poco, joget, Tai Chi dan sebagainya. Jangan fikir yang bukan-bukan, nikmati hidup seadanya,” katanya lagi.

Sementara itu, Dayang Sakina Pengiran Arudai, turut berkongsi kegembiraannya apabila dapat meraikan Aidilfitri bersama anak-anak dan cucu-cucu yang pulang dari jauh.

“Tahun ini sungguh meriah sebab semua anak cucu balik. Jarang dapat kumpul macam ini. Selain kek dan biskut, saya juga siapkan lampu-lampu hiasan untuk sambut Hari Raya,” katanya.

Dayang Sakina Pengiran Arudai ketika ditemui TVS di Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE), Miri, hari ini. Foto TVS

Majlis seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Aidilfitri malah menjadi landasan mempererat silaturahim dan menyuntik semangat ceria dalam kalangan warga emas di Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan