Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nuruljannah Usop, meluahkan rasa syukur apabila novel sulungnya yang bertajuk Lyrics & You meraih Anugerah Fiksyen Remaja Terbaik 2024. Foto Aiman Hariz (TVS)

‘Lyrics & You’ novel karya penulis muda Miri raih Anugerah Fiksyen Remaja Terbaik 2024

BySalasiah Safian

MIRI, 14 April: Penulis muda berasal dari Miri, Sarawak, Nuruljannah Usop, meluahkan rasa syukur apabila novel sulungnya yang bertajuk Lyrics & You meraih Anugerah Fiksyen Remaja Terbaik 2024 (Best Young Adult Fiction) dalam Anugerah Juara Buku 2024 yang berlangsung awal tahun ini.

Menurut Nuruljannah, pengiktirafan tersebut adalah hasil sokongan daripada para pembaca yang memberi peluang kepada karyanya untuk dikenali.

“Alhamdulillah saya terima anugerah ini daripada pihak MPH untuk ‘Best Young Adult Fiction’. Terima kasih kepada para pembaca yang dah membeli novel saya ini. Saya terima anugerah ini pun hasil sokongan daripada mereka. Bulan Februari lepas saya menerima anugerah untuk ‘Best Book for 2024’. Terima kasih kepada MPH, penyokong, pihak penerbit buku ini (Maneswordworks).

“Yang kedua ini pula ialah ‘Popular Reader Choice Awards’. Ini saya mendapat tempat ketiga, alhamdulillah. Ini berdasarkan kepada undian. Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada mereka yang telah mengundi novel saya,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Novel Romantik Komedi ‘Lyrics & You’ mengisahkan tentang persahabatan, cinta dan keluarga. Foto Aiman Hariz (TVS)

Dalam kemenangan tersebut, Nuruljannah mengatasi beberapa nama besar dalam dunia penulisan buku.

Tambah Nuruljannah lagi, anugerah seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat dirinya untuk menerbitkan lebih banyak karya menarik di masa akan datang.

Bagaikan masih bermimpi, Nuruljannah masih lagi tidak menyangka akan menerima anugerah kerana menulis adalah minat beliau.

“Kalau kita menulis, kita jangan letakkan jangkaan. Sejujurnya, saya tidak menjangkakan bahawa novel saya ini akan mendapat sambutan kerana saya rasa tidak layak. Namun saya tetap berusaha untuk meningkatkan lagi keyakinan diri.

“Saya menulis kerana minat. Kadang-kadang ia juga bergantung kepada niat, kenapa kita menulis? Saya juga berharap agar penulisan saya akan memberi impak positif kepada pembaca di luar sana, dapat menghiburkan hati mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan