Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 33 tahun cedera selepas kereta dipandu merempuh pokok tumbang di tengah Jalan raya di Jalan Pulau Melayu, Miri, awal pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu rempuh pokok tumbang

MIRI, 14 April: Seorang lelaki berusia 33 tahun cedera selepas kereta dipandu merempuh pokok tumbang di tengah Jalan raya di Jalan Pulau Melayu di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.06 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kereta Proton Saga merempuh pokok tumbang di tengah jalan. Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan menggunakan kenderaan ahli keluarga sendiri.

“Pihak bomba menggunakan pemotong gergaji memotong pokok yang tumbang itu.

“Setelah selesai sepenuhnya dan keadaan selamat kepada pengguna jalan raya lain pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan