Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman (tengah) menunjukkan bunga ganja yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah menumpaskan penyeludupan dadah bernilai RM20.57 juta di Kompleks Kastam Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Bernama

JKDM gagalkan cubaan seludup ganja RM20.57 juta ke Eropah

ByBernama

SEPANG, 14 April:  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis ganja dengan anggaran berat 210 kilogram bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas satu dagangan di sebuah pengendali terminal kargo udara yang beroperasi di kawasan berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam bungkusan produk makanan ringan serta makanan haiwan peliharaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Dadah itu dipercayai cuba diseludup dari sebuah negara Asia Tenggara dan transit di Malaysia sebelum dihantar ke destinasi terakhir di Eropah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Taufik berkata tiada penahanan dibuat susulan rampasan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan