Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dibawa ke kediamannya di Persiaran Tuanku Ja'afar

Jenazah Tun Abdullah dibawa ke kediaman di ibu negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 April: Jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dibawa ke kediamannya di Persiaran Tuanku Ja’afar di sini malam ini.

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 9.07 malam, diiringi sembilan kenderaan lain yang dinaiki ahli keluarga, dengan kawalan polis trafik.

Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam dan perkara ini disahkan menantunya Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram hari ini.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan