Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Logo Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak di Kuching, hari ini. Jazni Hanif (TVS)

Jabatan Perikanan Sarawak dijangka ditubuhkan hujung 2025

ByWilly Jali

KUCHING, 14 April: Jabatan Perikanan Sarawak dijangka akan ditubuhkan pada hujung tahun ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mengambil kira beberapa perincian yang masih perlu diperhalusi.

“Kita sedang meneliti ordinan yang sesuai memandangkan Sabah telah melaksanakannya. Seterusnya, kita akan melihat pendekatan mereka dan berusaha untuk melaksanakannya sama ada pada Mei atau November tahun ini.

“Apabila segala persediaan telah selesai, kita akan membentangkannya selari dengan semakan terhadap semua ordinan dan peraturan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Logo Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LTKS) di sini, hari ini.

Jelasnya, penubuhan jabatan tersebut bertujuan menyokong usaha Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam memacu sektor perikanan di Sarawak.

Sebelum ini, dalam ucapan penggulungan kementerian pada persidangan DUN tahun lepas, Rundi berkata kementeriannya berada di peringkat akhir penyediaan kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak yang dijangka dibentangkan kepada kabinet negeri pada tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan