Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Belasungkawa: Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 14 April: Bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

Berita pemergian itu dimaklumkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin di laman Instagram Story, hari ini.

Pak Lah meninggal dunia

“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 pm di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Allahyarham yang digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 5 tahun bermula 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan