Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian dan Datu Muhamad Yakup Kari pada Majlis Pelantikan Ahli Majlis Kanak-kanak Bintulu yang berlangsung di Auditorium Wisma Bintulu pada Isnin. Foto TVS

BDA angkat suara anak muda melalui Majlis Kanak-Kanak Bintulu

BINTULU, 14 April: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan bandar mesra kanak-kanak dengan melantik 21 orang Ahli Majlis Kanak-Kanak Bintulu bagi sesi 2025/2026.

Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari berkata, majlis tersebut merupakan platform penting untuk melibatkan kanak-kanak dalam isu komuniti dan pembangunan bandar secara lebih menyeluruh.

Jelas beliau, pelantikan ini juga merupakan hasil pemeteraian Memorandum Persefahaman antara BDA dan UNICEF Malaysia, yang menyokong aspirasi untuk menjadikan Bintulu bandar yang lebih inklusif dan mesra kepada semua lapisan umur.

“Antara tanggungjawab utama mereka adalah untuk menjadi suara dan wakil kepada rakan sebaya dalam isu kehidupan harian, pendidikan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.

Bagi penggal ini, BDA turut merancang pelbagai program kepimpinan termasuk Program Rakan Bandar, Bengkel Advokasi, dan Projek Komuniti Mikro sebagai latihan awal membina karakter dan sahsiah ahli majlis.

Pelantikan tersebut turut mencerminkan komitmen BDA dalam memastikan suara kanak-kanak terus diberi tempat dalam pembangunan yang lestari, adil dan menyeluruh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan