Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Logo Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Anak muda diseru ceburi bidang pertanian moden yang menguntungkan

ByWilly Jali

KUCHING, 14 April: Golongan muda di Sarawak diseru menceburi bidang pertanian moden yang semakin berkembang sebagai satu kerjaya profesional dan berpotensi tinggi memacu pertanian.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pertanian kini merupakan bidang yang mampu menjana pendapatan lumayan jika dilakukan menggunakan pendekatan moden dan berasaskan teknologi.

“Satu-satunya cara untuk kita memajukan pertanian kita iaitu melalui pertanian moden. Kita perlu guna teknologi baharu dan kaedah kerja baharu. Tidak boleh lagi bergantung kepada cara lama atau pertanian sara diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Logo Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LTKS) di sini, hari ini.

“Anak-anak muda hari ini melihat pertanian sebagai kerja yang memenatkan dan membosankan. Namun, apabila mereka tahu bahawa dengan teknologi, kerja jadi lebih mudah dan berbaloi, mereka pasti akan lebih berminat.

“Kita memerlukan generasi muda yang produktif, bertenaga dan berpengetahuan untuk mengambil alih dalam bidang ini. Ini masa terbaik untuk mereka terlibat dalam industri pertanian,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Rundi menegaskan bahawa pendekatan seperti penggunaan Internet of Things (IoT) dalam pertanian akan menjadikan bidang ini lebih menarik kepada generasi muda yang celik teknologi dan cenderung kepada penggunaan gajet serta automasi.

“Semua ini akan menggunakan teknologi sepenuhnya, termasuk Internet of Things (IoT). Ini bukan pertanian biasa, tetapi pertanian berasaskan teknologi moden.

“Saya yakin, jika golongan muda diberi pendedahan kepada kaedah baharu dan penggunaan teknologi serta gajet, mereka pasti akan lebih berminat untuk menceburi bidang pertanian,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan