Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jabatan Premier Sarawak 2025, di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari tegaskan kepentingan kerjasama erat dalam pembangunan Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan kepentingan kerjasama erat antara penjawat awam dan kerajaan negeri dalam merealisasikan visi pembangunan Sarawak yang inklusif dan berdaya saing.

Beliau berkata, kejayaan dalam membangunkan Sarawak tidak akan tercapai tanpa kolaborasi yang padu antara seluruh penjawat awam dan agensi-agensi kerajaan.

“Di hari dan bulan yang baik ini, diharap kita dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama kita dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“Saya bagi pihak rakan-rakan saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan semasa kami memberikan arahan kepada penjawat awam bagi melaksanakan projek-projek yang telah dirancang dan dilaksanakan dalam usaha kita untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jabatan Premier Sarawak 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam menghadapai ketidakpastian ekonomi dunia dan perubahan dalam landskap global, Abang Johari turut memuji usaha penjawat awam yang terus berusaha memajukan sektor-sektor strategik Sarawak, seperti tenaga hijau dan pertanian.

“Dalam kita menyesuaikan diri dengan perubahan yang sedang berlaku, satu perkara yang pasti ialah setiap orang memerlukan tenaga dan Sarawak mempunyai kelebihan dalam pembekalan tenaga serta pembangunan tenaga hijau yang telah diiktiraf oleh pihak luar,” ujarnya.

Selain itu, kata Abang Johari, beliau juga menekankan kepentingan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang telah diumumkan oleh kerajaan.

“Saya berharap projek-projek rakyat yang diumumkan oleh saya dan rakan kabinet saya, bersama dengan peruntukan yang telah diberikan, dapat dilaksanakan secepat mungkin. Jika tidak, ia akan mengalami kelewatan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari tetap optimis bahawa Sarawak akan terus maju dan berkembang pesat, menjadi contoh bagi negeri-negeri lain dalam mencapai pembangunan yang seimbang dan mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan