Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Rahimi (tujuh kiri) merakam gambar kenangan bersama pemimpin tempatan dan barisan tetamu dan yang hadir. Foto TVS

Sibu Jaya terus berkembang pesat, jadi contoh perbandaran moden di Sarawak

SIBU, 13 April: Sibu Jaya kini muncul sebagai contoh perbandaran moden yang pesat membangun di Sarawak, hasil kerjasama erat antara Kumpulan Amcorp dan Perbadanan Kemajuan Perumahan (HDC).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Amcorp, Mohd Rahimi Mohd Yusof berkata, Sibu Jaya bukan lagi sekadar sebuah projek pembangunan, sebaliknya sudah menjadi sebuah komuniti lengkap yang membangun dengan pantas dan tersusun.

“Dari pelan tindakan yang dirancang oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sibu Jaya kini berkembang menjadi perbandaran moden yang menjadi contoh perancangan bandar di Sarawak dan juga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2025 di Masjid Al Madinatul Husna, Sibu Jaya hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pembangunan fizikal dan sosial berjalan seiring di Sibu Jaya, hasil pendekatan inklusif yang mengutamakan kesejahteraan penduduk.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan ruang yakni komuniti boleh berkembang, keluarga dapat membesar dalam suasana selamat dan harmoni, dan individu boleh mencapai potensi sepenuhnya,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Mohd Rahimi berkata majlis tersebut berjaya menghimpunkan lebih 10,000 tetamu sekali gus menggambarkan kekuatan hubungan komuniti dalam perbandaran yang sedang berkembang ini.

“Rumah terbuka ini dianjurkan oleh Kumpulan Amcorp bersama HDC, dengan sokongan Masjid Al Madinatul Husna dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.

“Ia bukan sahaja meraikan Hari Raya, malah memperkukuh jalinan sosial antara lebih 40,000 penduduk Sibu Jaya yang berbilang kaum dan latar belakang.

“Program seperti ini menggalakkan keterangkuman, empati dan rasa hormat. Kita mahu setiap orang rasa diterima, dihargai dan disatukan dalam komuniti ini,” tambahnya.

Majlis ini turut melibatkan penyertaan kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (Peryatim Sibu) dan Rumah Kanak-kanak Methodist, yang turut merasai kemeriahan dan kasih sayang dalam suasana perayaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan