Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Ripin Lamat berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 di Masjid Darul Khairat Bakam, Miri, hari ini. Foto TVS

Ripin umum pelbagai inisiatif untuk komuniti Bakam

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 13 Apr: Beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak pengurusan masjid dan komuniti setempat di Masjid Darul Khairat Bakam mendapat perhatian serius daripada Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Menurutnya, antara keutamaan ialah kerja-kerja memperluas kawasan parkir masjid yang kini tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

“Insya-Allah kita akan laksanakan secara berperingkat. Kita akan menambak kawasan ini supaya boleh digunakan serta-merta,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 di Masjid Darul Khairat Bakam di sini, hari ini.

Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif tambahan bagi kemudahan komuniti setempat iaitu pembinaan ruang memasak untuk kegunaan Biro Wanita serta penambahbaikan tempat wuduk.

“Sebanyak 150 kerusi baharu akan disediakan bagi kegunaan masjid dalam masa terdekat,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan perkembangan projek pembinaan sebuah sekolah antarabangsa di kawasan Beraya-Bakam hasil respon positif daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini akan memberi manfaat besar kepada anak-anak kita, khususnya dalam bidang pendidikan bertaraf global,” ujarnya.

Selain itu, satu pusat konvensyen turut dicadangkan untuk dibina di kawasan Beraya sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan bandar baharu, New Township.

Ia dijangka membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat, khususnya dalam sektor pelancongan, riadah dan keusahawanan.

“Gerai-gerai yang kosong perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan dibiarkan terbiar kerana kawasan ini kini menjadi tumpuan aktiviti hiking dan berbasikal,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan