Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik saluran ABC. Foto hiasan Envato

Remaja AS dituduh bunuh ibu bapa, rancang bunuh Trump

ByBernama

MOSCOW, 13 April: Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik saluran ABC.

Remaja dari Wisconsin itu didakwa membunuh ibu bapanya bagi memperoleh sumber kewangan dan kebebasan untuk melaksanakan rancangan membunuh Trump dan menggulingkan kerajaan AS, menurut laporan saluran tersebut.

Menurut maklumat yang diperoleh, Nikita Casap, 17, telah ditahan pada Mac lalu dan didakwa atas dua pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat serta beberapa pertuduhan lain.

Penyiasat percaya bahawa Casap mungkin juga terlibat dalam komplot terhadap Trump dan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran.

Menurut laporan itu, bahan berkaitan Nazi ditemukan dalam telefon bimbit remaja berkenaan, selain dokumen yang dia didakwa menyeru percubaan pembunuhan ke atas Trump.

Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang percaya remaja itu mungkin mempunyai rakan sejenayah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan