Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan. Foto APM Negeri Perak (FB)

Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak

ByBernama

IPOH, 13 April: Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, Jalan Pengkalan Cemerlang, Pengkalan Air dan Batu 2 1/2.

“Kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku pada 4.30 petang hingga 6 petang itu telah menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Kaya bagi menempatkan mangsa.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan jumlah sebenar kediaman terjejas serta mangsa masih dalam bancian.

APM juga telah mengambil tindakan segera memotong dahan kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan