Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi bantuan turut terkorban apabila dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi. Foto Media sosial

Penunggang motosikal maut terbabas, pejalan kaki dilanggar kereta ketika beri bantuan

ByBernama

JOHOR BAHRU, 13 April: Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi bantuan turut terkorban apabila dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.10 pagi ketika lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang menunggang motosikal jenis SYM BX110 berada di lorong kanan dari arah Johor Bahru menghala ke Taman Setia Tropika.

Beliau berkata apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh di atas jalan raya.

“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata seterusnya, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun telah memberikan bantuan menjaga penunggang motosikal tersebut daripada lalu lintas kenderaan lain sementara menunggu bantuan tiba.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis BMW dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun telah melanggarnya menyebabkan dia cedera parah bahagian dalaman dan turut meninggal dunia di lokasi kejadian, pemandu kereta pula hanya cedera ringan pada bahagian muka.

“Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah ditahan polis. Tahanan reman diperoleh empat hari untuk siasatan lanjut, ” katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) dan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang maklumat daripada saksi boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan