Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Dato Sri Julaihi Narawi pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Bersama Agensi Tahun 2025 di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Penggabungan KWB, SWB dan LAKU di fasa terakhir

KUCHING, 13 April: Kerajaan Sarawak kini berada pada fasa akhir proses penggabungan tiga agensi utiliti bekalan air iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) sekali gus menjadi satu entiti tunggal yang lebih cekap dan tersusun, lapor Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Laporan itu memetik Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi sebagai berkata, usaha penggabungan tersebut merupakan antara langkah strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkemas pengurusan bekalan air serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di seluruh negeri.

“Proses penyatuan ini kini hampir selesai dan dijangka dilancarkan secara rasmi menjelang Jun akan datang.

“Nama entiti baharu juga telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Bersama Agensi Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) belum terlibat dalam penyatuan tersebut buat masa ini.

Langkah itu adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Sarawak untuk menyediakan sistem bekalan air yang lebih efisien, khususnya bagi memastikan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar menerima perkhidmatan yang seragam dan berkualiti.

Dalam perkembangan berkaitan, Julaihi turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak kini memegang kepentingan majoriti dalam SACOFA Sdn. Bhd. melalui syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri, SFS Incorporated.

Dengan pegangan melebihi 51 peratus, SACOFA kini merupakan agensi milik penuh kerajaan negeri, yang membolehkan syarikat tersebut memainkan peranan lebih besar dalam memperluas liputan infrastruktur telekomunikasi, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, serta barisan menteri kabinet negeri dan tetamu kehormat lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan