Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Cassidy Morris ketika lawatan tapak projek pembinaan BCCK 2 di Kuching pada Sabtu. Foto JKR Sarawak

Pembinaan BCCK 2 bermula April 2025 dijadual siap Mac 2028

BySaibi Gi

KUCHING, 13 April: Projek pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 2 dijadual bermula pada 30 April 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2028.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, BCCK 2 berupaya menampung kapasiti 9,500 orang, sekali gus memberi impak besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Ilustrasi bangunan BCCK 2. Foto JKR Sarawak

“BCCK 2 merupakan inisiatif strategik Kerajaan Sarawak bagi memperkukuh peranan Kuching sebagai hab utama konvensyen dan acara antarabangsa di rantau ini,” katanya kenyataan itu.

Pada Sabtu, Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris melakukan lawatan ke tapak projek itu.

Menurutnya, JKR Sarawak amat berbesar hati diberi kepercayaan sebagai agensi pelaksana bagi projek tersebut.

Menurutnya, ia merupakan inisiatif strategik Kerajaan Sarawak ke arah memperkukuh kedudukan Kuching sebagai destinasi konvensyen dan acara bertaraf antarabangsa.

“JKR Sarawak akan memastikan setiap fasa pelaksanaan projek ini dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan mengikut piawaian tertinggi kejuruteraan.

“Lawatan ini turut memberi ruang untuk kami meneliti kesiapsiagaan tapak dan menyelaras aspek teknikal bersama kontraktor serta pasukan pelaksana,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan