Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama barisan kepimpinan Majlis Bandaraya Miri yang diketuai Datuk Bandar, Adam Yii Siew Sang. Foto Salasiah Safian (TVS)

PBT barisan hadapan dalam pembangunan setempat

BySalasiah Safian

MIRI, 13 April: Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai tanggungjawab penting sebagai barisan hadapan terutama dalam pembangunan setempat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Sesuai dengan peranan itu, PBT lazimnya menjadi tempat rujukan pertama sekiranya terdapat masalah infrastruktur di kawasan.

“Mereka (PBT) sebenarnya adalah barisan hadapan kerana orang apabila lampu jalan tidak berfungsi, orang lupa bahawa ia adalah SESCO. Mereka masih menghubungi pihak berkuasa tempatan.

“Apabila rumput di tepi jalan terlalu tinggi, orang lupa bahawa ia adalah jalan JKR. Tetapi mereka masih memanggil pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar dan Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini, hari ini.

Katanya lagi, PBT mempunyai kuasa tersendiri seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Sehungan itu, beliau berpesan agar Ahli-ahli MBM haruslah berkhidmat sejajar dengan motto mereka iaitu ‘Maju Bersama Masyarakat’.

“’Maju Bersama Masyarakat’ bermakna anda bekerja dengan rakyat. Bagaimana anda boleh maju dengan masyarakat jika anda tidak bekerja dengan rakyat dan anda tidak bersedia untuk rakyat,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Adam Yii Siew Sang mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar MBM untuk tempoh satu tahun, manakala Ariffin Mohamad mengangkat sumpah sebagai timbalannya untuk tempoh tiga tahun.

Turut mengangkat sumpah adalah 30 ahli majlis yang akan berkhidmat selama tiga tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan