Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil PBB Bukit Sari menyerahkan bantuan kepada mangsa rumah runtuh di Kampung Banting, Lawas, hari ini. Foto TVS

PBB Lawas santuni mangsa rumah runtuh di Kampung Banting Lawas

LAWAS, 13 April: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari menyantuni mangsa rumah runtuh di Kampung Banting, dengan menyerahkan bantuan bagi meringankan beban mereka hari ini.

Timbalan Ketua Cawangan PBB Bukit Sari merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, berkata bantuan awal berupa makanan dan wang tunai disalurkan kepada keluarga mangsa melalui Pusat Khidmat PBB Cawangan Bukit Sari.

“Bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa terlibat,” katanya kepada media hari ini.

Awangku Jinal menambah tindakan susulan akan diambil sebaik menerima laporan lengkap dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lawas.

Selain PBB Cawangan Bukit Sari, PERKIM Cawangan Lawas antara pihak yang turut menghulur bantuan kepada mangsa berkenaan.

Dalam insiden jam 2 pagi hari ini, enam sekeluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah mereka tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Kampung Banting, di sini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.10 pagi.

Seorang mangsa Nora Julaihee turut mengalami kecederaan pada kaki setelah ditimpa almari dalan bilik tidurnya.

Menurutnya, insiden yang berlaku seawal jam 2 lagi itu mengejutkan enam penghuni rumah yang sedang nyenyak tidur.

Lima lagi mangsa selamat dan tinggal dirumah saudara mereka di Banting.

Mereka mendakwa mendengar bunyi seperti benda retak sebelum seluruh lantai rumah jatuh ke bawah menghempap sebuah kereta dan beberapa motosikal. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan