Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakistan mengusir seramai 6,500 pelarian Afghanistan pada Sabtu, menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Afghanistan bagi Menangani Masalah Kepulangan Pelarian pada Ahad, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Lebih 6,000 pelarian Afghanistan diusir dari Pakistan dalam sehari

ByBernama

KABUL, 13 April: Pakistan mengusir seramai 6,500 pelarian Afghanistan pada Sabtu, menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Afghanistan bagi Menangani Masalah Kepulangan Pelarian pada Ahad, lapor Xinhua.

Pelarian itu dipindahkan ke tanah air mereka, Afghanistan, melalui pintu masuk sempadan Torkham di timur Nangarhar dan pintu masuk sempadan Spin Boldak di selatan wilayah Kandahar, menurut kenyataan itu.

Kerajaan Pakistan dijadualkan mengusir tiga juta warga Afghanistan ke negara asal mereka pada 2025.

Dilaporkan, kira-kira tujuh juta pelarian Afghanistan, yang kebanyakannya adalah pendatang tanpa izin, kini tinggal di luar negara, dengan kebanyakan mereka tinggal di negara jiran Afghanistan, Pakistan dan Iran.

Kerajaan sementara Afghanistan berulang kali menyeru pelarian Afghanistan untuk tidak lagi tinggal di luar negara sebagai pelarian dan kembali ke tanah air untuk menyumbang kepada pembangunan semula tanah air mereka yang dilanda perang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan