Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah kumulatif kes campak di Mongolia kini melebihi 500 selepas 11 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCCD) pada Ahad. Foto hiasan Envato

Kes campak di Mongolia melebihi 500

ByBernama

ULAN BATOR, 13 April: Jumlah kumulatif kes campak di Mongolia kini melebihi 500 selepas 11 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCCD) pada Ahad.

Menurut kenyataan agensi itu, lebih separuh daripada kes terbaharu melibatkan kanak-kanak sekolah yang hanya menerima satu dos vaksin campak, lapor Xinhua.

Susulan peningkatan itu, NCCD menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka menerima dua dos lengkap vaksin bagi melindungi daripada penyakit berjangkit yang berpotensi membawa komplikasi serius.

Campak ialah penyakit disebabkan virus yang sangat mudah berjangkit dan merebak melalui titisan pernafasan serta sentuhan langsung.

Simptom biasa termasuk demam, batuk kering, hidung berair, sakit tekak dan radang mata.

Penyakit ini boleh dicegah sepenuhnya melalui imunisasi lengkap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan