Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan pada majlis sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini. Foto Bernama

Kebakaran gas Putra Heights: Tahap kesihatan mangsa di ICU semakin baik

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 April: Tahap kesihatan seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta semakin baik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan pemantauan petugas perubatan, lelaki berusia 21 tahun yang masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan itu menunjukkan perkembangan baik.

“Saya mendapat laporan bahawa keadaannya semakin baik. Kita doakan (kesihatannya), dia adalah seorang lelaki berusia 21 tahun.

“(Dia) diintubasi tetapi semakin baik, sekarang (dia) masih menggunakan ‘inotropes’ tetapi keadaannya agak lebih baik…masih memerlukan sokongan dan sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WOPAD) sempena inisiaitif Hari Tanpa Kereta Putrajaya di sini hari ini.

Mengenai status mangsa yang dirawat di fasiliti kesihatan, Dzulkefly berkata 30 mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta setakat semalam.

“Saya perhatikan ada 17 yang masih dirawat di wad hospital swasta manakala 13 di hospital Kementerian Kesihatan manakala satu kes ICU di hospital swasta,” katanya.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April lepas, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata laporan penuh berhubung insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dijangka diperoleh pada pertengahan Mei ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan