Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee Ahmad menyempurnakan Majlis Perasmian Jalan Kampung Pangtray Daro pada Ahad. Foto DUN 43 Daro

Jalan Perhubungan Desa Kampung Pangtray siap dibina, mudahkan akses penduduk

DARO, 13 April: Penduduk Kampung Pangtray kini menikmati kemudahan jalan baharu sepanjang 393 meter yang menghubungkan rumah mereka ke jalan utama Daro-Matu serta beberapa kemudahan penting di Kampung itu.

Projek pembinaan jalan perhubungan desa ini dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Sarawak sebagai agensi pelaksana, bermula pada 2 Oktober 2024 dan siap sepenuhnya pada 1 Februari 2025 dengan kos keseluruhan berjumlah RM499,000.

Majlis perasmian jalan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, hari ini.

Menurut beliau, pembinaan jalan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang selesa dan selamat kepada penduduk luar bandar.

“Jalan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk untuk ke sekolah, masjid dan dewan, malah memberi kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi Kampung Pangtray,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, Penghulu Jebli Ngok, Penghulu Abu Bakar Salleh, Penghulu Bahiri Selakong, Ketua Kaum Kampung Pangtray, Shamsiah Saibi, Kaunselor Hamden Taha serta Pengerusi JKP Masjid Kampung Pangtray, Osman Raim.

Penduduk kampung turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan KKDW atas usaha membangunkan infrastruktur yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan